♥ sayangs dia diary's ♥


Hai. Welcome to my online diary. Feel delightful to read something sayang dia owner. Or you want to see my Boyfie? Read the story back here :)






100% Copyright by Ain Farhana
Powered by Blogger.
Ciri ciri lelaki idaman

Assalamualaikum .

Harini aku nak bagi tahu korang ciri ciri lelaki idaman aku . Actually , aku tengah teringat dekat someone . Someone yang aku rindu sampai sekarang . Siapa ? Sorry . Rahsia . 

Ciri ciri Lelaki Idaman dan Mengapa ?

1. Aku suka lelaki yang tak smoking ,  kalau dia nak smoke pun . Dia tak smoke depan aku .    So bole excuse lagi lah kan .

2. Aku suka lelaki yang pandai masak . At least bila aku sakit dia boleh tolong masakkan . Tak reti sangat takpe . Boleh belajar .

3. Aku suka lelaki yang pandai main muzik . Contohnya , dia nyanyi kan aku lagu sambil main gitar . Sumpah sweet . Senang je nak ayat aku . Buat je macam ni . Gerenti aku cair . Haha (I wish it happen to me on my birthday)

4.  Aku suka lelaki yang pandai ambil hati aku . Sebabnya aku ni mudah terasa . Even benda tu remeh . Sebab aku ni suka sangat berfikir . Kadang tu sampai menangis , padahal takda apa pun .

5. Aku suka lelaki yang tidak mengongkong aku terlalu ketat . Sebabnya aku ni suka buat outdoor activity , mesti ramai kawan . Aku cuma harap si dia faham yang aku tak mungkin berpaling :P

6. Aku paling pantang lelaki yang kedekut . Masin . Kalau jumpa sila bunuh orang ini .

7. Aku suka lelaki yang beralah . Sebab aku ni suka bergaduh . Benda yang remeh . Hehe , aku kan childish sikit . So no wonder lah kan aku selalu nak menang >.<

8. Aku tak suka , sangat tak suka lelaki yang panas baran . Yang mudah pukul perempuan . Pengalaman mengajar aku . Aku ni dah lah cepat naik angin . Kalau api simbah api lagi , rentong aku rasa -.-"

9. Aku suka lelaki pembersih . Bila bersih orang pun suka . Pakaian mencerminkan diri . Tak handsome tak apa , cuma biar sedap mata memandang .

10. Aku suka lelaki yang ada sikap lucu dalam diri . Kalau aku tengah down atau stress , dia boleh happy kan aku . Tapi jangan buat lawak bodoh lah , kang ni makan dia ~

11. Aku suka lelaki yang sempoi , cool , tak menggelabah . Sebabnya aku ni poyo sikit . Battery handphone habis pun macam orang hilang anak . Serious tak tipu doh . Aku boleh gila . Haha

12. Aku suka lelaki yang hormat orang tua dan kengkawan aku . Seronok tau kalau bf kita boleh join melepak dengan kawan kawan kita yang lain . Takde lah nanti member complain cakap "Kau ni asyik busy dgn dia je" Kan ?

Payahkan nak cari macam apa yang kita nak . Kalau ada pun mesti ada satu kekurangan dia . Sebab tu dari dulu lagi orang dah cakap . Jangan cari Mr Perfect , cari lah Mr Right . Yang sempurna tu belum tentu dapat bahagiakan kita .  Aku kalau boleh nak cari lelaki yang berlawanan sikap dan minat . Kalau aku marah , dia boleh cool kan aku . Kalau aku tak reti masak , dia boleh ajarkan aku . Haa , macam tu lah . Baru seronok . Kalau semua yang kita suka dia pun suka , kalau kita ni cepat merajuk dia pun cepat merajuk . Tak best ahh , tak mencabar lansung . Kan ? So lelaki idaman korang macam mana ? :)