♥ sayangs dia diary's ♥


Hai. Welcome to my online diary. Feel delightful to read something sayang dia owner. Or you want to see my Boyfie? Read the story back here :)






100% Copyright by Ain Farhana
Powered by Blogger.
Tak tau tajuk =.=

Assalamualaikum .

Ni post saja aku suka suka nak menaip , terbangun awal pulak pagi ni . Dan terasa sangat nak bercerita . Sebabnya pagi pagi lagi aku dah teringatkan dia . Begitu jugak dengan tiap malam sebelum aku tidur . Bukan maksud aku ingat kat dia je all the time . Sometime tu , dalam teringat kat dia . Aku rindukan keluarga . Kadang tu sampai mengalir air mata ni . Bila rindu mesti nak pejam mata , lepastu air mata mesti mengalir tanpa kita sedar . Kan ? :'/

Bila aku rindukan seseorang , aku mesti nak tengok bulan . Kalau bulan takda , aku sampai bbm member tanya nampak tak bulan . Siap suruh dia tengok kan bulan untuk aku . Bagi aku , bulan lebih menyamankan dari matahari . Bulan pun sentiasa ada kat mana je kita . Aku sampai sanggup tunggu ke malam sebab nak tengok bulan . Dengan harapan orang yang aku rindu tu terpandang bulan dan teringatkan aku .

Aku nak jaga orang yang aku sayang . Walaupun aku sakit , aku taknak tunjuk kat orang tu keadaan aku yang sebenarnya . Sebab aku nak orang tu percaya yang aku bole jaga dia . Ibarat macam aku berjalan dalam hujan dan takda seorang pun yang perasan aku menangis .

Bila aku takda nanti untuk menemani dia sepanjang hayat hidupnya , aku nak dia tahu . Angin rindu aku akan selalu menyapa diri nya , memberi ketenangan kepada dia sentiasa . Pejamkan mata , aku pasti berada disisi tanpa melihat aku lagi .

Setiap kali dia pandang aku , aku akan pandang ke arah lain dan setiap kali dia pandang ke arah lain . Aku akan curi curi pandang dia . Sayang sungguh aku pada dia kan . 

" Saya harap awak sudi tunggu saya . Sebenarnya saya perlukan sedikit masa untuk memperbaiki diri menjadi lebih bersedia dan lebih beriman . Tapi kalau awak tak boleh bersabar . It's okay . Saya doakan awak bahagia . Awak memang patut dapat yang lebih baik :) "


Ciri ciri lelaki idaman

Assalamualaikum .

Harini aku nak bagi tahu korang ciri ciri lelaki idaman aku . Actually , aku tengah teringat dekat someone . Someone yang aku rindu sampai sekarang . Siapa ? Sorry . Rahsia . 

Ciri ciri Lelaki Idaman dan Mengapa ?

1. Aku suka lelaki yang tak smoking ,  kalau dia nak smoke pun . Dia tak smoke depan aku .    So bole excuse lagi lah kan .

2. Aku suka lelaki yang pandai masak . At least bila aku sakit dia boleh tolong masakkan . Tak reti sangat takpe . Boleh belajar .

3. Aku suka lelaki yang pandai main muzik . Contohnya , dia nyanyi kan aku lagu sambil main gitar . Sumpah sweet . Senang je nak ayat aku . Buat je macam ni . Gerenti aku cair . Haha (I wish it happen to me on my birthday)

4.  Aku suka lelaki yang pandai ambil hati aku . Sebabnya aku ni mudah terasa . Even benda tu remeh . Sebab aku ni suka sangat berfikir . Kadang tu sampai menangis , padahal takda apa pun .

5. Aku suka lelaki yang tidak mengongkong aku terlalu ketat . Sebabnya aku ni suka buat outdoor activity , mesti ramai kawan . Aku cuma harap si dia faham yang aku tak mungkin berpaling :P

6. Aku paling pantang lelaki yang kedekut . Masin . Kalau jumpa sila bunuh orang ini .

7. Aku suka lelaki yang beralah . Sebab aku ni suka bergaduh . Benda yang remeh . Hehe , aku kan childish sikit . So no wonder lah kan aku selalu nak menang >.<

8. Aku tak suka , sangat tak suka lelaki yang panas baran . Yang mudah pukul perempuan . Pengalaman mengajar aku . Aku ni dah lah cepat naik angin . Kalau api simbah api lagi , rentong aku rasa -.-"

9. Aku suka lelaki pembersih . Bila bersih orang pun suka . Pakaian mencerminkan diri . Tak handsome tak apa , cuma biar sedap mata memandang .

10. Aku suka lelaki yang ada sikap lucu dalam diri . Kalau aku tengah down atau stress , dia boleh happy kan aku . Tapi jangan buat lawak bodoh lah , kang ni makan dia ~

11. Aku suka lelaki yang sempoi , cool , tak menggelabah . Sebabnya aku ni poyo sikit . Battery handphone habis pun macam orang hilang anak . Serious tak tipu doh . Aku boleh gila . Haha

12. Aku suka lelaki yang hormat orang tua dan kengkawan aku . Seronok tau kalau bf kita boleh join melepak dengan kawan kawan kita yang lain . Takde lah nanti member complain cakap "Kau ni asyik busy dgn dia je" Kan ?

Payahkan nak cari macam apa yang kita nak . Kalau ada pun mesti ada satu kekurangan dia . Sebab tu dari dulu lagi orang dah cakap . Jangan cari Mr Perfect , cari lah Mr Right . Yang sempurna tu belum tentu dapat bahagiakan kita .  Aku kalau boleh nak cari lelaki yang berlawanan sikap dan minat . Kalau aku marah , dia boleh cool kan aku . Kalau aku tak reti masak , dia boleh ajarkan aku . Haa , macam tu lah . Baru seronok . Kalau semua yang kita suka dia pun suka , kalau kita ni cepat merajuk dia pun cepat merajuk . Tak best ahh , tak mencabar lansung . Kan ? So lelaki idaman korang macam mana ? :)


Maaf seandainya aku tak sempurna

Assalamualaikum . 
Hari ni aku nak sembang pasal kekhilafan . Kekhilafan bererti kekeliruan atau melakukan kesalahan secara tidak sengaja dan sering terjadi dalam pergaulan setiap hari . Begitu jugak dengan aku . Aku tak pernah lari dari membuat silap . Tak pernah tersasar dari menunjukkan keegoan . Sedangkan lidah lagi tergigit . Inikan pula manusia . Sungguh apa yang berlaku malam tadi sungguh meluluhkan hati kecil ni . Kadang tu aku memang need someone untuk share apa yang aku rasa tapi tak tahu nak share pada siapa . End up , aku nangis sorang sorang . Lifestyle katanya . pfftfffpp ~


Maaf kan saya , saya takda niat nak buat awak tersinggung atau rasa macam ni semalam . Saya mengaku saya cemburu . Apetah lagi bila awak terlepas cakap pasal ex awk pada saya . Bunyi nya seperti awak masih lagi menangisi masa lalu . Kenangan awak dan dia , sedangkan saya sendiri kalau boleh taknak cerita apa apa mengenai siapa dengan saya sebelum awak , kerana terlalu nak jaga hati awak , saya tak sedar hati saya sedikit terluka . 

Seorang perempuan mempunyai ego yang tersendiri , tetapi demi lelaki yang dia cinta dan kasihi . Semua tu dia tolak tepi . Saya pujuk hati ni untuk sentiasa berfikiran terbuka dan positif . Saya mendengar , saya tak mengaku kalah dengan emosi sendiri , Saya kena kuat walaupun ianya menyakitkan . Memang dah jadi adat masa bercinta . Kadang tu bila dia seronok bercerita kita rahsiakan . Saya ingat kan diri , yang awak hanya beritahu apa yang terjadi dalam hidup awak sebelum saya datang . And i take it positively . For us :')



Saya suka bila awak panggil saya sayang

Assalamualaikum bakal imamku ,

Sesungguh nya aku bersyukur ke hadrat Illahi , kerana dengan restu darinya kita bertemu kemudian timbul pula rasa sayang yang tidak melebihi hadnya :')

Dengan cinta kita belajar mengenal, kita belajar mendidik jiwa, kita belajar menahan sabar . Ingat bakal imam ku , sabar separuh daripada iman . Duhai 'Adam' , aku selau berpesan kepada hati ini untuk tidak terlalu berharap kerana jika suatu hari nanti tiada jodoh pada hubungan kita, pasti aku akan selalu derita dan terasa kehilangan .

Duhai bakal suamiku ,
Dan aku mengharapkan agar dirimu memohonlah pada Dia yang berhak . Milikilah jiwaku keranaNya . Dan milikilah hati ini dengan izin Allah S.W.T . Dan miliki lah cinta ku kerana agamaNya . Pada saat aku jauh darimu ,akukan selalu menjaga hatiku untukmu , akan selalu ku jaga hati ini buatmu .

Duhai bakal suamiku ,
Dan ketika dirimu sedang resah menanti kehadiranku , berdoalah kepada Allah dan mohonlah hanya kepadaNya dan berusahalah kerana aku hanya insan yang tiada daya upaya dan sesungguhnya Allah adalah pemilik nyawaku . Cintailah aku dalam diam dari kejauhan dengan penuh kesederhanaan dan keikhlasan .

Bismillahhirahmanirahim ,
Ya Allah jika benar dia adalah yang terbaik untukku , satukan lah aku dan dia hingga akhir hayat kami . Jika benar dia untukku , kekalkan lah rasa sayang aku dan dia hingga akhir nafas kami . Dan dekatkan lah hatiku dengan hati nya . Andai dia jodohku , aku sedia menerima dia seadanya .
Amin .


Tuhan jagakan dia kekasihku

Sini ... Sini tempat aku meluahkan perasaan . Tempat aku coretkan pelbagai peristiwa yang dianggap penting dan bermakna . Segala yang terbuku , segala perasaan gembira dan duka . Aku lepaskan disini . Agar yang membaca dapat mengerti dan memahami jiwa dan diri ni . Aku bukan jenis senang cerita kan masalah , meluahkan perasaan secara terbuka kepada orang . Kalau aku cerita pun , message tu takkan sampai pada yang mendengar . Sebab tu aku lagi selesa menulis . Bila aku menulis aku yakin dan pasti yang pembaca akan mengambil masa untuk menghayati dan mudah lah untuk mereka memahami .


                               
Hanya dirimu yang aku cinta .
Takkan membuatku jatuh cinta lagi .
Aku merasa kau adalah yang terbaik untukku .
Walaupun ku tahu kau tak sempurna .
Takkan buat ku jauh padamu .
Apa adanya ku akan tetap setia padamu .




Alhamdulillah aku bahagia akhirnya :')

Assalamualaikum semua . Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin . Jemput datang beraya kat rumah ehh :) Moga lembaran baru ni akan memberi makna yang besar buat kita semua . Yaa macam aku jugak . Terasa sejak akhir akhir ni aku lebih bahagia bersama sidia . Hohoho *sejak bila gelak pakai hoho -____-'

Buat capital N ,
Maaf terasa memang tiada jodoh antara kita . Saya dapat rasakan awak takkan bahagiakan saya dengan sikap awak . Sayangnya awak sedar yang awak betul sayangkan saya bila teserlah kesalahan awak menduakan saya . Dengan kawan saya sendiri pulak tu kan . Takda guna kan awak selalu cakap awak rindukan saya and at the same time awak bercintan cintun dengan girl lain . So tindakan saya lepaskan awak dulu adalah yang terbaik cause i know you will never changed . 

Ikhlas buat capital B ,
Saya tak dapat balas cinta awak . Maaf juga buat awak kecewa dengan sikap saya . Saya nak awak tahu , saya ikhlas sayangkan awak dulu . Awak anak yang baik . We are not mean together . Saya sangat tidak sempurna untuk lelaki sebaik awak . Saya jugak tanak awak rosakkan diri sebab saya . Satu jea yang saya nak pesan , berhenti tunggu saya . Sebab sekarang saya tak mampu nak bahagiakan awak walaupun saya tahu saya first love awak . Jadi kawan boleh kut , kan ?

Untuk sayang ,
Susah untuk saya katakan yang saya mula sayangkan awak sepenuh hati saya . Dengan pengalaman yang ada , saya akan berusaha untuk pertahankan hubungan kita . Maaf saya juga tak sesempurna mana . Terlalu banyak benda untuk diperbaiki lagi . Cukup lah buat awak mengerti saya sayangkan awak . Perubahan yang ketara dalam diri saya sejak bersama dengan awak , saya tengah belajar untuk setia taw . Hahaha , ayat poyo . Kbye

Salam lebaran
Ikhlas dari saya ,
Ain Farhana bt Mohamad .


Just let me go .

Sayang , kalau awak dah tak suka saya just let me go okay .
Saya penat lah , awak tak faham saya pun . Awak tak kesian kat saya pun .
Asyik i jea kena mengalah . Saya tahu kita tak kemana . So why can't you let me go ?
Away :'(